Monday 6 June 2011

bil elektrik naik ! ASTRO pun join naik sekali ? !

Salam peeps .

A to the L to the I = ALI

**Abaikan aja k ? Kalau nak tahu siapa Ali rajin-rajinlah tekan perkataan ALI kat atas tu :)

Salam peeps,

Tangan aku aku tetiba rajin nak buat entry banyak hari ni . Heee . Okay semua telah ketahui yang kadar tarif bil elektrik kini naik pada  1 JUN 2011 .
Akibat daripada kenaikan ini :
  • Kedai-kedai makan menggunakan lilin bagi mengurangkan kos untuk membayar bil pada hujung bulan . Dan ini amat memudahkan bagi pasangan yang ingin bercandle light dinner.
  • Pihak hospital swasta akan tersenyum lebar kerana boleh mengenakan caj yang lebih pada para pesakit . Dan ini mengakibatkan ramai yang akan memenuhkan ICU dihospital seluruh Malaysia akibat serangan jantung kerana tidak mempu membayar bil tersebut.
  • Sekolah-sekolah di Malaysia akan memusnahkan air-cond yang berada di bilik guru dan hanya menyediakan surat khabar bagi guru tersebut . Ini untuk menyenangkan para guru mengipas2 apabila kepanasan di samping membaca berita terkini.
  • Ibu-bapa menyorokkan ps2 ps3 atau game2 yang menggunakan khidmat plug di rumah . Ini mengakibatkan keuntungan bagi cyber cafe seluruh Malaysia kerana anak-anak membuat rombongan Pak Ali ke cyber cafe untuk bermain game.
 Dan sedang-sedang aku berblogwalking tadi aku telah membaca mengenai pakej ASTRO naik sehingga RM 15.Tetapi pek famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan..Pada para pelanggan astro sediakan duit lebih kerana sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar  RM1 hingga RM15.00 sebulan...----> pijak sini YA
Akibat dari kenaikkan ini :
  • Jiran tetangga akan membuat kunjungan ke ruma kita dan tidak lagi menjadi pelanggan ASTRO . Hal ini akan mengeratkan silaturrahim di samping bergembira menonton bersama-sama.
  • Ramai yang hanya mengambil pek famili kerana ianya murah di samping dapat bergembira bersama keluarga.
  • Orang ramai akan berkunjung ke kedai mamak untuk menonton televisyen . Dan ini membuatkan mamak di kedai tersenyum kambing kerana mereka akan menjadi jutawan .

Hahahaha . Abaikan aku yang merepek ni . Nak tag oranglah . 

                                                        madyha nordin
                                                        mazidah ahmad


dah baca?dah komen?SUKA? likelah hee

No comments: